5 khasiat Bunga Telang yang masih ramai tidak tahu selain digunakan sebagai perwarna semulajadi

Selalunya Bunga Telang atau nama saintifiknya (Clitoria ternatea) digunakan sebagai pewarna semula jadi didalam makanan seperti Nasi Kerabu, puding, kuih dan sebagainya.Tapi mungkin ramai yang tak tahu yang Bunga Telang ni juga boleh dijadikan minuman seperti teh! Bila mak-mak balik kampung, jumpa bunga telang ni menjalar tepi rumah, bolehlah cuba buat teh ini.

Berikut merupakan perkongsian cara membuat Teh Bunga Telang ini:

Bahan-Bahan:

Segenggam Bunga Telang
Segelas Air Panas
Gula secukup rasa
1/2 biji limau nipis

Cara Membuat:

1.Masukkan segenggam bunga telang didalam gelas.
2.Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit.
3.Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut.
4.Akhir sekali, masukkan dengan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa.Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan!

Info Ekstra!

Sementara itu, antara Khasiat Bunga Telang ialah;

1.Mengatasi stress
Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress.

2.Melancarkan Haid
Bukan itu sahaja, khasiatnya dari segi kesihatan pula ia dipercayai baik untuk melancarkan haid.Caranya dengan merebus bunga telang dan meminum air rebusan tersebut.Amalkan selalu.

3. Sebagai Detoksifikasi
Bunga ini juga mampu membantu menghilangkan semua racun yang ada di dalam tubuh dan melancarkan sistem pencernaan.

4. Membantu Mencuci Darah
Darah kotor merupakan salah satu penyebab yang boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti bisul.Rebusan Air Bunga Telang ini sangatlah baik untuk diamalkan kerana ia mampu mencuci darah.

5. Atasi Radang Mata
Bunga Telang juga mampu merawat mata yang kemerahan akibat radang mata. Caranya dengan merendam Bunga Telang secukupnya dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata.

Sumber Resipi & Foto: Noor Hayati Abdul Hamid/Mingguanwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *