5 Makanan Diet Yang Paling Menjijikan Di Dunia

Diet adalah salah satu teknik yang sering dilakukan setiap orang yang ingin menurunkan berat badan mereka. Dan, ia juga telah dilakukan sejak beratus tahun dahulu lagi yang terbukti melalui penemuan bukti-bukti sejarah yang menunjukkan pada abad ke -19, sebahagian besar masyarakat di dunia mula berusaha untuk menurunkan berat badan mereka.

Teknik dan makanan yang digunakan untuk setiap orang apabila diet juga berbeza, bodoh atau kadang-kala boleh jadi sangat menjijikan sehingga tidak boleh diterima akal. Namun, orang sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka dapat bentuk atau beraat badan yang mereka inginkan.

Jadi, berikut merupakan 5 jenis makanan diet yang paling menjijikan di dunia menurut The Daily Mail,

  1. Ayds Candy

Pada akhir tahun 1970, Ayds Candy telah menjadi makanan diet yang paling laris dan digemari oleh masyarakat di Kanada. Namun, tidak ramai ketahui gula-gula yang diproses itu sebenarnya diperbuat daripada campuran cokolat, karamel, perisa butterscotch, dan yang paling menjijikkan adalah phenylpropanolamine, iaitu perangsang yang digunakan untuk merawat masalah pundi kencing anjing.

Gula-gula itu kemudiannya telah diharamkan oleh kerajaan Kanada kerana telah menyebabkan peluh yang berlebihan, kegeringkan kelenjar lendir dan boleh menyebabkan strok.

  1. Kapas

Trend memakan kapas bermula dari tabiat model-model yang percaya kapas itu tinggi kandungan serat yang boleh membuatkan mereka berasa kenyang dalam tempoh masa yang lama. Mereka biasanya akan mencelup kapas ke dalam jus dan memakannya sebanyak 5 keping.

Serat poliester yang terdapat dalam kapas tiada sebarang rasa, tetapi ia tidak baik untuk kesihatan. Diet seperti itu boleh membuatkan saluran usus tersumbat sehingga merosakkan sistem pencernaan.

  1. Leaner Cream

Krim yang tidak mengandungi susu atau bahan tenusu yang lain tetapi tinggi kandungan minyak dan juga mengandungi pelbagai bahan kimia bermula daripada silicon dioksida, sehingga ke sodium kaseinate.

Leaner cream biasanya diambil dengan cara mencampurkannya ke dalam secawan kopi hitam, namun disebabkan rasanya yang teruk, tidak ramai orang mengunakan teknik diet ini.

  1. Cacing Pita

Pada awal tahun 1900, ramai orang telah berputus asa dalam menurunkan berat badan mereka sehingga nekad memilih untuk memakan cacing pita yang masih hidup dengan harapan cacing itu akan hidup di dalam perut mereka, dan menyerap ke semua kalori sehingga berat badan mereka boleh menurun.

Menu diet ‘extreme’ ini dikatakan masih lagi diamalkan oleh sebahagain masyarakat di daerah Eropah.

  1. Kentang Cuka

Ahli politik yang juga seorang penyai romantik, Lord Bryon adalah seorang ikon diet yang paling terkenal dan sangat dikenali kerana obsess ingin menurunkan berat badan sehingga nekad melakukan mogok lapar. Bryon hanya bergantungke pada kentang yang direndam ke dalam cuka sebagai makanan utamanya.

Hidangan itu akan dimakan Byron selepas matahari terbenam. Namun malangnya, Byron telah meninggal dunia ketika berusia 36 tahun akibat demam panas. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *