7 sebab mengapa mak-mak perlu beri anak makan kaki ayam

Jika selama ini kaki ayam tak ‘dipandang’ atau dibuang terus,selepas membaca fakta menarik dibawah ini, mak-mak memang kena jadikan kaki ayam antara menu wajib dirumah .Hah, tapi kenapa kaki ayam?? Sebenarnya, kaki ayam sangat bagus untuk dimakan kerana mempunyai pelbagai zat dan khasiat serta amatlah baik untuk kesihatan. Bila masak menu kaki ayam ni sekurang-kurangnya ia membantu meningkatkan kesihatan dan imuniti seisi keluarga.

Berikut antara khasiat dan kelebihan makan Kaki Ayam:

1.Miliki Kolagen Yang Tinggi
Berita baik buat wanita yang nak cantik dan awet muda.Penyelidikan yang dijalankan oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University di Taiwan mendapati kaki ayam mengandungi kolagen yang sangat tinggi dan mampu memberi kelembapan pada kulit.

Antara manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam adalah ia membentuk kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, menggantikan sel-sel kulit mati dengan ganti sel-sel kulit baru dengan cepat.Kolagen pada kaki ayam juga dapat meningkatkan metabolisma terhadap lemak sekaligus membantu menurunkan berat badan.

2.Kurangkan Risiko Tulang Rapuh
Pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah.Ini kerana kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini untuk kukuhkan struktur tulang dan cegah kerapuhan tulang dan sakit sendi apabila dah tua.

3.Sembuhkan Cedera
Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk membantu menjana semula saraf, otot dan tulang manusia. Kajian mengatakan kaki ayam mempunyai nutrisi untuk membantu menyembuhkan kecederaan dan membuatkan tubuh jadi lebih sihat.

4.Sihatkan Saluran Pencernaan
Bahagian kaki ayam mengandungi tulang rawan yang sangat lazat.Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam seperti protein, kolagen, kondroitin dan Glucosamine larut apabila dimasak menjadi sup dan ia sangat baik untuk sistem pencernaan. Usus akan jadi lagi lembut yang membuatkan sistem pencernaan jadi lebih baik.

5.Kesihatan Kuku Terjaga
Kaki ayam yang dah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.

6.Menyihatkan Gusi
Gusi adalah rangkaian kuat yang digunakan untuk menyokong gigi.Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain juga akan membuatkan gusi mula bermasalah.Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam akan menyihatkan gusi dan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.

7.Membentuk Probiotik Semulajadi
Agen gelatin yang banyak didapati pada cecair dari rebusan kaki ayam sangat baik dalam membentuk probiotik semula jadi. Probiotik akan membuat tubuh mampu membentuk imuniti semula jadi, sekaligus menyihatkan usus dan mengatasi masalah saluran pencernaan.

Sumber – Mingguanwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *