8 cedera mesin pengering pakaian kedai dobi di utara Bangkok meletup

BANGKOK- THAILAND. Lapan orang cedera selepas mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi di utara Bangkok meletup, lapor agensi berita China Xinhua pada Isnin.

Kejadian berlaku di La-ong Fong Laundry, di Jalan Chaeng Wattana, daerah Pak Kret, Nonthaburi kira-kira 25 kilometer di utara Bangkok, kesemua mangsa dikejarkan ke hospital.

Letupan mengakibatkan serpihan besi dan beberapa objek lain berterbangan selain menyebabkan sebahagian peralatan di kedai dobi berkenaan rosak. – Bernama

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *