Ahmad Dhani Nekad Tinggalkan Dunia Hiburan

Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, mengakui sudah bersedia untuk meninggalkan kerjayanya dalam bidang hiburan.

Menurut laporan Kapan Lagi, Ahmad Dhani kini ingin memberi fokus sepenuhnya dalam bidang politik yang telah diceburi sejak beberapa tahun lalu.

“Saya ingin tinggalkan kerjaya sebagai pemuzik dan mahu meninggalkan dunia hiburan dalam waktu terdekat ini.

“Saya mahu memberi fokus kepada bidang politik yang diceburi dan selepas ini saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai dunia hiburan.

“Bagi saya apa yang dilakukan sekarang ini sudah tidak menarik lagi dan saya mahu lakukan sesuatu yang boleh memajukan diri pada masa akan datang,” katanya.

Tambah Ahmad Dhani, dia akan menjadikan bidang muzik sebagai hobi dan tidak  mempunyai rancangan untuk keluarkan single baharu dalam masa terdekat ini.

“Jika selepas ini ada karya baharu itu mungkin hanya hobi saya sahaja dan bukannya lagi sebagai kerjaya,” ujarnya.

 

sumber : astrogempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *