Anak lelaki ahli perniagaan ditemui mati bunuh diri

ANAK lelaki kepada ahli perniagaan ditemui mati selepas menembak diri sendiri menggunakan senapang patah di rumah di Seksyen 9, Shah Alam, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 26 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di dalam bilik utama rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, nenek dan pembantu rumah mangsa terdengar bunyi tembakan sebelum bergegas ke bilik terbabit.

“Apabila membuka pintu, mangsa sudah terbaring dan senapang patah berada di sebelahnya.

“Senjata adalah milik bapanya dan mempunyai lesen,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan keluarga, mangsa kemurungan sejak beberapa bulan lalu.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat,” katanya.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *