Anak Patung Paling Menyeramkan Dijual Di eBay Sempena Halloween

Satu anak patung Hallowen telah digelarkan sebagai “benda yang paling menakutkan dan menyeramkan” selepas satu video yang menunjukan patung itu bergerak menjadi viral dan telah ditonton lebih daripada tujuh juta kali di Internet.

Permainan misteri yang dibuat bersama satu anak patung pucat berambut hitam yang diikat dua, kiri dan kanan bersama mata biru yang bercahaya menaiki basikal.

Tetapi bunyi bising yang dikeluarkan oleh patung menakutkan itu kelihatan seperti benar-benar terdapat orang di dalamnya yang akan melompat keluar.

Patung itu juga akan mengayuh basikal itu secara perlahan-lahan bergerak menuju ke arah suara kanak-kanak ketawa.

Oleh itu, video patung yang menakutkan itu telah mendapat lebih daripada 35 ribu, dan kebanyakan komen mengatakan betapa takutnya mereka akan rasai jika mereka dapat melihat patung itu.

Saya akan tendang benda itu keluar daripada bilik,

Tidak tahu apa yang menakutkan, bunyi itu atau kakinya,

Saya tidak menjangka akan melihat anak patung lama yang menakutkan ini di atas basikal beroda tiga dengan mata biru yang bercahaya!,

Sekarang saya tidak boleh tidur, kerana takut saya bangun dan dia akan berada di dalam rumah saya! Saya benci anak patung!

Tetapi, anak patung yang menakutkan itu tidak murah kerana di eBay anak patung yang bernama ‘Haunted House Animatronic Tricycle Doll’ itu berharga $173 atau sekitar RM 733. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *