Anak Perempuan Jackie Chan, Etta Ng Mengaku Lesbian

Etta Ng yang juga anak perempuan kepada artis seni mempertahankan diri dan juga pelakon terkenal, Jackie Chan bersama ratu cantik China, Elaine Ng Yi-Lei mengatakan yang dia seorang lesbian dan bangga dengan itu.

Melalui ‘posting’ di Instagramnya pada hari Khamis lalu, remaja berusia 17 tahun itu telah memuat naik gambarnya berlatar belakangkan pelangi dan meletakkan caption bersama ‘hashtag’ #lgbtqai #lgbt #lesbian dan #androgynous.

Keesokkan harinya, dia sekali lagi telah memuat naik satu gambar dan mengatakan yang dia kini berasa “kagum” dengan cinta dan sokongan yang dia terima.

Bintang media sosial Kanada yang menetap di Hong Kong, Andi Autumn, 30 tahun juga telah membuat pendedahan di Instagramnya yang dia kini secara rasminya sedang bercinta dengan Ng dan memberikan remaja itu sokongan penuh.

Saya tidak pernah bertemu dengan sesiapa seperti @stolenmilktea.  Dia telah memberikan saya peluang untuk menyuarakan sepenuhnya apa yang ada di dalam fikiran saya.  Tiada penghakiman, hanya fahaman, semua menentang kami.  Kami telah ditolak berkali-kali dan ia berbaloi ketahui yang kita akan lalui itu bersama-sama.

Kita hidup di sebuah bandar antarabangsa seperti ini dan masih ramai orang mempunyai pemikiran yang tertutup.  Tetapi itu tidak penting apabila saya tahu setiap pagi awak akan berada di sebelah saya.  Saya sayang awak.

Selain itu, Andi juga telah mengucapkan terima kasih kepada pengikut Instagramnya atas “kata-kata baik” mereka, dan menambah, “Sejujurnya ia beri kami lebih tenaga untuk memperjuangkan apa yang betul.”

Menurut Taiwan News, Ng juga telah menganggap Chan sebagai orang asing dan berkata pada tahun 2015 yang dia “jauh dari memaafkan Chan selama ini.” Merujuk kepada hubungan sulit ayahnya bersama Elaine meskipun telah berkahwin dengan Joan Lin Feng-jiao.

Sementara itu, meskipun Chan masih belum mengakui anaknya secara umum, tetapi pelakon Rush Hour itu telah “keluar” untuk memberikan sokongan kepada masyarakat LGTB di dalam iklan untuk Gay & Lesbian Alliance Against Defamation pada tahun 2013 lalu.

Namun, masih belum diketahui jika sokongan Chan itu berkaitan dengan keadaan seksual anaknya, Ng. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *