Anak Perempuan Jackie Chan Seorang Lesbian Dan Pejuang Tegar LGBT

Anak perempuan bintang Hong Kong terkenal Jackie Chan, Etta Ng, baru-baru ini mengejutkan umum apabila dia ‘memperkenalkan’ dirinya sebagai lesbian.

Pengakuan tersebut menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya menggunakan nama @stolenmilktea berserta kapsyen ringkas “#lgbtqai #lgbt #lesbian #androgynous.”

..

Ini kali pertama Etta berkongsi mengenai dirinya kerana selama ini, gadis berusia 18 tahun ini Etta cenderung untuk tidak menonjol apatalagi mendedahkan mengenai kehidupannya.

Sejak berita kelahirannya pada tahun 1999, dia bagaimanapun sentiasa menjadi buruan para media sehingga dia digelar “Little Dragon Girl.”

Etta merupakan anak hasil hubungan Jackie dengan kekasihnya Elaine Ng, seorang ratu cantik di era 90-an. Namun hubungan mereka berakhir sebelum Etta dilahirkan. Sejak itu, Etta dan ibunya telah menjalani kehidupan yang privasi di Hong Kong.

Tidak hanya sekadar mengaku dirinya lesbian malah Etta juga memperkenalkan kekasihnya, Andi Autumn, seorang bintang media sosial. Selain itu dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan dan dorongan mereka.

..

Manakala Andi menerusi Instagram miliknya juga memuat naik gambar menunjukkan gaya manis dan intim mereka berdua beserta kapsyen ucapan terima kasih atas sokongan para pengikutnya mengenai hubungan dia dengan Etta.

..

Sementara itu, Jackie yang kini sedang sibuk dengan promosi filem The Foreigner, belum membuat sebarang kenyataan mengenai seksualiti anak perempuannya, buat masa ini.

Sekitar tahun 2015, Etta membuat kenyataan bahawa dia dan ibunya hidup tersisih dan langsung tidak dipedulikan oleh Jackie. Justeru dia tidak pernah menganggap aktor juga lagenda seni mempertahankan diri itu sebagai bapanya.

“Dia (Jackie) adalah bapa kandung saya tetapi dia tidak dalam hidup saya, dia tidak pernah wujud dalam hidup saya, saya tidak akan menganggapnya sebagai bapa.”

“Saya tidak marah dengan ayah saya, dan tidak pernah mahu melihatnya.

“Selagi saya mempunyai ibu saya dengan saya, saya tidak memerlukan ayah saya,” katanya.

 

sumber : malaysiandigest

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *