Anak Perempuan Sylvester Stallone, Sistine Stallone Curi Tumpuan

Bayangkan jika anda bertemu dengan seorang gadis cantik yang betul-betul anda suka tetapi selepas bercinta, anda dapati bapa kekasih anda itu sebenarnya adalah pelakon terkenal Hollywood, Sylvester Stallone, dan itu pasti sangat mendebarkan.

Pelakon berusia 71 tahun itu memang sangat terkenal dengan ototnya yang berketul-ketul dan tumbukannya yang tajam sehingga menjadikannya bapa mentua yang paling menakutkan untuk semua lelaki.

Namun, ada juga beberapa individu yang agak berani mengambil risiko menggoda anak keempat pelakon Rombo itu iaitu Sistine Stallone yang merupakan anak kedua Stallone bersama isteri ketiganya, Jennifer Flavin.

Memiliki ibu yang merupakan seorang model dan ayah pelakon terhebat Hollywood adalah agak mustahil untuk Sistine tidak mengikuti jejak langkah ibu bapanya untuk terlibat dalam industri hiburan.

Langkah permulaan Sistine dalam industri permodelan bermula selepas dia secara rasminya masuk dalam syarikat IMG Models, yang telah menaikan nama-nama besar seperti Rosie Huntington-Whiteley, Cara Delevingne, Kate Moss dan adik-beradik Hadid.

Kegemilangan Sistine bermula pada tahun 2016, apabila dia menjadi ‘cover girl’ untuk majalah Town & Country untuk isu bulan September kemudian diikuti pula kepada Bazar Harper, Italian Vogue, Teen Vogue dan Glamour.

Jika tidak bekerja, Sistine akan bertanding dalam menunggang kuda gaya Barat, atau bermain bola tampar dan golf bersama ayahnya.  Bukan hanya itu, dia juga akan menghabiskan sebahagian besar masanya untuk “Silver Students Society” iaitu sebuah organisasi amal yang Sistine tubuhkan untuk menghapuskan jurang diantara golongan Millennials dengan warga emas.

Selain itu, dia juga sedang sibuk melakukan penggambaran untuk kempen bersama Dolce & Gabbana bersama kakaknya, Sophia. Sylvester juga tersangat memberikan dorongan kepada anak perempuannya itu.

Satu perkara yang saya sering lakukan sebelum keluar ke acara besar adalah pergi berjumpa dengan ibu saya dan dapatkan kelulusan untuk penampilan saya. Dia ada cita rasa yang sangat hebat, dan saya suka mendengar pendapatnya. Mak sentiasa tahu yang terbaik.

-utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *