Angelina Jolie Habiskan RM4,420 Untuk Sambut Halloween

Ramai selebriti di Hollywood sudah dilihat membuat persediaan dengan membeli-belah untuk meraikan parti Halloween yang akan berlangsung pada hujung bulan Oktober ini. Salah seorang selebriti yang sedang sibuk membeli kelengkapan parti itu adalah pelakon dan juga bekas isteri Brad Pitt, iaitu Angelina Jolie.

Pelakon Maleficent itu dikatakan sanggup berbelanja sebanyak USD1, 047 (RM 4,420) untuk membeli pakaian serta kelengkapan parti Halloween termasuklah pedang berdarah, burung palsu dalam sangkar, tutu berwarna-warni, dan set senjata ninja.

Menurut laman web TMZ, pelakon yang berusia 42 tahun itu telah mengunakan wang tunai untuk membeli segala kelengkapan itu dan termasuklah kelengkapan tambahan lain seperti kostum bayi, gigi labu, dan jaket.

Jolie telah dilihat membeli-belah bersama anak perempuannya, Zahara di kedai Glendale Halloween, California.

Jolie juga sangat suka menyambut Hallowen kerana pada sambutan Halloween tahun 2012 lalu, dia sanggup membeli segala keperluan untuk tampil seperti ‘vampire’.

Sementara itu, meskipun telah bercerai dengan Brad Pitt, Jolie mendakwa yang dia merasakan dirinya menjadi bertambah kuat dan kini hanya ingin hidup bersama enam orang anaknya, iaitu Zahara, Maddox, Pax, Shiloh serta anak kembarnya Knox dan Vivienne.

Saya rasa saya menjadi lebih kuat. Tetapi apabila kita melalui masa-masa yang sukar, sebagai ibu, kita ada tanggungjawab yang besar terhadap anak-anak kita.  Mereka perlukan saya.

utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *