Apple Umumkan Harga iPhone X di Malaysia Mula

Selepas Apple memperkenalkan model terbaru iPhone mereka iaitu iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X bulan lepas, ramai netizen di Malaysia menjadi tertanya-tanya berapa pula harga iPhone X akan dijual kerana iPhone memang terkenal dengan harga ‘jual buah pinggangnya’.

Selepas tertanya-tanya dalam tempoh yang begitu lama, kini, Apple telah mengeluarkan harga penjualan iPhone X dan ia ternyata memerlukan lebih dari satu buah pinggang.

Kedai atas talian Apple Malaysia secara rasminya telah mengeluarkan harga runcit untuk telefon pintar ikonik sempena ulangtahun iPhone yang ke-10 itu akan bermula pada harga RM5, 149 untuk model 64Gb manakala untuk model 256Gb pula pada harga RM5, 899.

Yang isitmewanya mengenai iPhone X ini adalah ia datang dalam dua pilihan warna sahaja iaitu ‘silver’ dan ‘space gray’. Malah, salah satu perubahan yang paling ketara pada model ini, yang membuatkan ia berbeza dari model iPhone yang lain adalah tiada ‘home button’ dan digantikan dengan paparan skrin penuh.

Namun, selepas sahaja Apple Malaysia mengumumkan harga itu, ramai netizen Malaysia menyuarakan yang harga iPhone X di Malaysia berbeza dengan harga iPhone X di negara-negara lain.

Seperti di Amerika Syarikat, untuk model 64Gb ia hanya berharga $999 (RM4, 200), manakala untuk model 256Gb pula berharga $1,150 (RM4, 850) dan itu menunjukkan terdapat perbezaan sebanyak RM1, 000.

Akan tetapi, selamat untuk diketahui yang harga iPhone X di Malaysia adalah sama di Singapura, jadi netizen Malaysia tidak perlu bazirkan pergi ke Singapura semata-mata untuk membeli iPhone X.

Buat masa ini, kedai atas talian Apple masih belum keluarkan tarikh sampainya iPhone X, tetapi melihat dari harganya, tidak pasti jika netizen di Malaysia masih berminat untuk dapatkan telefon pintar dengan harga RM5,000.   –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *