Bangladesh dan Myanmar setuju bentuk kumpulan tangani isu Muslim Rohingya

DHAKA: Bangladesh dan Myanmar, hari ini bersetuju membentuk satu kumpulan yang dapat bekerjasama untuk menangani isu Muslim Rohingya yang melarikan diri ke negara jiran sejak 25 Ogos lalu.

“Kami mengharapkan satu rumusan secara aman bagi mengatasi krisis besar ini,” kata Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood kepada wartawan selepas berbincang dengan pegawai kerajaan Myanmar, Kyaw Tint Swe.

Lebih setengah juta pelarian Rohingya dari Myanmar meninggalkan kampung mereka sejak sebulan lalu untuk membebaskan diri daripada pembersihan etnik oleh tentera Myanmar.

Myanmar dilaporkan turut membuat cadangan untuk

mengambil balik pelarian kumpulan etnik minoriti itu kembali ke tempat asal mereka.

Namun, tiada sebarang butiran diberikan bagaimana tugasan besar itu dapat dicapai. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *