Bantuan kecemasan mental diberikan di kem pendatang asing di Greece

ATHENS – Para sukarelawan Doctors Without Borders (MSF) melaporkan bantuan kecemasan kesihatan mental terpaksa diberikan di kem-kem pendatang asing di kepulauan Greece berikutan keadaan hidup kurang baik, keganasan dan kekejaman.

Menurut MSF, berlaku peningkatan kepada mereka yang cuba mendapatkan bantuan selepas cuba membunuh diri, mencederakan diri sendiri serta mengalami trauma.

Tambah MSF, keganasan yang berlaku ketika melarikan diri dari negara asal atau di Greece menjadi salah satu punca menyumbang kepada tekanan mental. – REUTERS

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *