Bayi dilahirkan bersama seketul objek seumpama batu jed

SEORANG bayi telah dilahirkan di China bersama-sama dengan seketul objek berharga seumpama batu jed.

Ia dikeluarkan dalam perut seorang ibu muda melalui pembedahan untuk bersalin.

Selepas bayi itu dilahirkan, objek berwarna kuning itu turut keluar bersama.

Ia menyebabkan doktor di situ terkejut.

Menurut doktor terbabit, Dr. Pang Guiping, selepas mengetahui mengenai keadaan luar biasa itu, dia dan rakan sekerjanya telah membuat pemantauan rapi terhadap pesakit berkenaan.

Ini bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini,’’ katanya.

Batu berkenaan berukuran 4cm panjang, 5 cm lebar dan mempunyai ketebalan 0.5cm.

Selepas perbincangan, doktor berpendapat ia adalah kantung lemak yang dibalut dalam membran kolon, sebelum dipintal dan menjadi longgar.

Lemak itu boleh bergerak ke dalam perut seseorang.

Sumber – ohsemput

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *