Bekas menantu Ferguson didakwa memandu dibawah pengaruh dadah, dipenjara 6 bulan

BEKAS menantu Sir Alex Ferguson didakwa memandu dibawah pengaruh dadah lapan tahun lalu dalam nahas jalan raya yang mengakibatkan cucu lelakinya koma.

Nadine Ferguson, 38, disahkan positif dadah jenis kokain apabila ditahan polis pada Disember.

Wanita itu yang juga bekas isteri kepada anak lelaki Ferguson, Darren berdepan hukuman penjara enam bulan dan denda 5,000 pound sterling.

Dia dikurniakan seorang anak perempuan bernama Grace, 15, hasil hubungannya dengan Darren, 45.

Mereka turut membesarkan seorang lagi anak lelaki bernama Charlie, 18, hasil hubungan Nadine dengan lelaki lain, lapor The Sun.

Pada 2009, Nadine dan anak lelakinya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Oldham.

Charlie mengalami kecederaan parah termasuk di tulang belakang dan kepala menyebabkan dia koma selama tiga hari.

Akibat kemalangan itu, Nadine turut mengalami keretakan di tulang rusuk.

Setahun yang lalu, Darren dituduh menyepak perut Nadine di hadapan kediaman mewah Ferguson di Wilmslow, Cheshire.

Pada awalnya, bekas Pengurus Peterborough United itu menafikan melakukan serangan tersebut.

Namun dia kemudiannya mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan membayar denda sebanyak 1,500 pound sterling.

Pasangan itu dilaporkan bertengkar mengenai hak penjagaan anak mereka.

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *