Pasangan Tinggalkan Ikan Dalam Rumah Sewa Untuk Balas Dendam Kepada Tuan Rumah

Pada bulan Mei lepas, seorang pemilik rumah di Guangxi, China telah menyewakan rumahnya kepada satu pasangan warga asing dan kedua-dua pihak telah bersetuju yang tempoh sewaan minimum adalah selama satu tahun.

Untuk lima bulan pertama, semuanya kelihatan baik-baik sahaja, tetapi beberapa bulan lepas, pasangan itu secara tiba-tiba memberitahu pemilik rumah yang mereka ingin pindah keluar dan meminta pemilik rumah itu kembalikan semula wang pendahuluan mereka.

Memandangkan mereka mempunyai perjanjian yang pastinya telah pasangan itu langgar, pemilih rumah itu putuskan untuk memegang wang pendahuluan mereka.

Disebabkan berasa tidak berpuas hati dengan keputusan pemilik rumah, pasangan itu putuskan ingin membalas dendam. Selepas mereka pindah, jiran-jiran mula mengadu mengenai bau busuk yang datang dari rumah itu.

Selepas menerima aduan, tuan rumah bertindak pergi memeriksa rumahnya, dan menemui sesuatu yang sangat mengejutkan.

Rupanya, pasangan itu telah mensabotaj rumah itu sebelum berpindah dengan membeli beberapa ikan mati dan meletakkannya di dalam sinki, peti ais, pasu, almari malah di atas siling juga.

Oleh itu, ulat-ulat mula membiak dengan cepat dan seluruh rumah itu diselubungi dengan bau yang tersangat busuk.

Peti sejuk juga telah dipenuhi dengan ulat disebabkan tidak mempunyai pilihan lain, pemilik rumah itu terpaksa membuang peti sejuknya.  Yang paling menyedihkan sekali adalah tiada sesiapa sanggup bersihkan rumah itu kerana semua tukang bersih telah menolak kerja itu.

Perbuatan jahat pasanga itu telah mengundang kemarahan netizen sehingga mereka memaksa pemilik rumah itu untuk membuat laporan polis.

Sudah jelas yang mereka telah merosakkan harta benda awak, jadi awak mesti laporkan ini ke pihak berkuasa! Jangan biarkan mereka pergi!

Tolong dedahkan butir-butir mereka supaya tuan rumah yang lain boleh berhati-hati dengan mereka!

-utaranews.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *