Berpuluh-Puluh Wanita Rela Disebat Demi Bebaskan Diri Dari Roh Jahat

Dalam satu video viral yang menunjukkan satu permandangan unik dan tidak biasa dilihat di tempat lain dimana berpuluh wanita sedang menerima sebatan daripada ketua agama mereka.

Kesemua wanita itu rela disebat kerana percaya yang jika mereka disebat dengan ketua agama, mereka boleh membebaskan diri mereka daripada dikuasai oleh roh-roh jahat.  Ritual aneh itu telah dilakukan di Kuil Sri Achappan, Bavithram Vellalapatti, iaitu sebuah perkampung terpencil di Tamil Nandu.

Dengan memakai pakain tradisional India, wanita-wanita itu bersujud dan rela disebat dengan mengunakan tali dan pelepah pokok dengan ketua agama mereka.

Kebanyakan wanita-wanita yang dipukul itu datang daripada pelbagai peringkat umur, dari pelajar sekolah sehinggalah ke orang tua.

Penduduk tempatan yang bernama Selvakumar mengatakan, “Wanita-wanita itu percaya yang jika mereka disebat dengan ketua agama, roh-roh jahat itu akan meninggalkan badan mereka.”

Manakala, seorang wanita bernama Saranya menjelaskan yang dia sudah lama mengalami masalah kesihatan dan sering berasa sakit di bahagian tangan dan kaki. Oleh itu, dia telah datang ke kuil itu hari ini untuk disebat.

Sementara itu, dari video itu boleh dilihat sebahagian wanita itu luka akibat disebat, manakala ada juga yang dilihat sedang menangis sambil menahan kesakitan, namun, itu semua tidak menghentikan niat mereka daripada disebat.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *