Bilik kecil hanya harga RM1.00 untuk melampiaskan nafsu

Gejala zina dan seks bebas dilihat semakin membarah di kalangan masyarakat kini.

Keadaan ini telah menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat yang tercari-cari di mana silapnya dan apakah langkah penyelesaian terbaik.

Baru-baru ini, memetik laporan Sinar Harian, sebuah “bilik kecil” di dalam kawasan parkir di Seremban dijadikan tempat pasangan tertentu melampiaskan nafsu.

Kondom terpakai, dan juga puntung rokok, ditemui bersepah di dalam bilik yang dibentuk dengan kepingan atap zink dan tertulis RM1.00 di bahagian luarnya.

Menurut Pengerusi Persatuan Pembangunan Masyarakat Negeri Sembilan, bilik ‘tersorok’ itu mungkin lokasi pasangan tertentu melakukan aktiviti terkutuk.

“Mungkin nak pergi hotel tiada duit, jadi mereka pilih tempat sebegitu untuk melampiaskan nafsu.”

“Bagi saya ia sangat menjijikkan dan memalukan,” kata Mohd Aryan Kailash Arumugram.”

Kondom yang dijual secara terbuka dan mampu dibeli boleh mengundang kepada perlakuan tidak baik seperti seks bebas khasnya di kalangan remaja, katanya.

Mohd Aryan mencadangkan pihak berkuasa memasang kamera CCTV di sekitar kawasan itu untuk tujuan pemantauan dan menjalankan rondaan secara berkala oleh pengawal keselamatan dari masa ke semasa.

Sumber – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *