Budak lelaki 4 tahun ditemui lemas jatuh dalan longkang ketika hujan lebat

BUDAK lelaki berusia empat tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam satu meter ketika hujan lebat di Taman Agropolitan, Rantau Manis, Gua Musang, petang semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhammad Hazim Rizqi Mohd Za’in, terjatuh ketika sedang bermain dengan rakannya di kawasan berhampiran.

Mayat anak bongsu daripada empat beradik itu ditemui penduduk kampung jam 6.45 petang apabila dihanyut arus deras dalam longkang itu sejauh satu meter dari tempat kejadian.

Jenazah dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Mohd Za’in berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Nor Azlidawati Ibrahim, 35, sedang membaiki kereta di tepi rumah sementara anaknya bersama empat lagi rakan berada di kawasan berhampiran.

“Tak tahulah saya, bila arwah pergi ke depan rumah jiran dan terjatuh dalam longkang sebelum dihanyut arus deras.

“Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas diberitahu seorang anak perempuan jiran sebelum bergegas ke lokasi namun ketika itu anak saya sudah hilang dihanyutkan arus deras. Selepas itu dengan bantuan penduduk setempat usaha mencari terus dijalankan.

“Mayat anak saya ditemui tersekat pada dawai besi longkang dalam keadaan sudah tidak bernyawa sebelum terus dibawa ke hospital ,” katanya ketika ditemui HGM.

Menurutnya, arwah anaknya seorang anak yang manja dengannya dan adik-beradik yang lain.

“Pemergiannya amat saya rasai namun reda dan terima ketentuan Ilahi,”katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas berkata, pihaknya menerima pangilan kejadian itu jam 5.57 petang sebelum lima anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Mayat mangsa lemas ditemui dalam longkang besar sedalam hampir dua meter,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Abdullah Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *