Buta Sebelah Mata Selepas Main ‘King of Glory’ Tanpa Henti

Ketika kecil dulu, kita sering diingingatkan supaya jangan menonton televisyen atau bermain komputer terlalu lama kerana itu boleh merosakkan mata. Dan, kita juga sering akan mengabaikan pesanan itu sehingga dewasa.

Namun, setiap peringatan yang diberikan oleh ibu bapa kita dahulu itu ada kebenarannya, ini kerana seorang remaja perempuan di Dongguan, China sedang menderita hilang penglihatan pada mata kanannya selepas mengabaikan nasihat ibu bapanya itu.

Menurut Sina, Wu, 21 tahun telah mengambil kesempatan cuti sempena Golden Week China untuk duduk di rumah dan berehat.  Meskipun kawan-kawannya mengajaknya keluar, Wu tidak pergi dengan alasan jalan sesak.

Wu yang juga peminat permainan mudah alih terkenal China, King of Glory putuskan untuk duduk di rumah dah bermain permainan itu sepanjang cutinya.  Wu mengatakan yang selepas makan malam pada jam 7, dia akan mula bermain permainan itu tanpa henti, sehinggalah mata kanannya tidak dapat melihat.

Memikirkan yang matanya itu hanya perlukan rehat, Wu berhenti main permainan itu dan tidur tetapi esoknya, keadaan mata kanan Wu masih sama.  Panik dengan keadaan itu, ibu bapanya telah bawa Wu pergi ke hospital dan disitu doktor mengesahkan yang Wu terkena ‘retinal artery obstruction’ atau arteri retina terhalang.

Penyakit itu biasanya berlaku kepada pesakit yang sudah berusia dan jarang terjadi kepada pesakit yang masih muda seperti Wu.  Namun, disebabkan oleh tekanan yang WU berikan kepada matanya kerana ketagihan terhadap permainan itu, mata Wu telah menjadi terlalu letih.

Wu menjelaskan yang apabila dia selesai membuat kerjanya, dia akan mula bermain permainan itu tanpa henti selama tujuh atau lapan jam.

Jika saya tidak kerja, saya akan bangun jam 6 pagi, sarapan dan mula main sampai jam 4 petang. Saya akan berhenti dan makan sesuatu sebelum tidur seketika dan kemudian sambung bermain sampai jam 1 atau 2 pagi. Kadang-kala saya akan berasa malas untuk berhenti dan makan.

Kini, Wu masih lagi menerima rawatan di hospital. Doktor juga telah memberi peringatan mesra kepada semua orang supaya tidak merenung skrin telefon atau komputer terlalu lama dan banyakkan berehat demi kesihatan mata. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *