Canselor Jerman setuju hadkan pengambilan jumlah pelarian

BERLIN – Canselor Jerman, Angela Merkel bersetuju untuk mengehadkan pengambilan jumlah pelarian dalam usaha mengukuhkan parti-parti konservatif menjelang rundingan bagi membentuk kerajaan gabungan negara ini.

Selepas 10 jam berunding secara tutup parti konservatif yang terdiri daripada parti pimpinannya, Parti Demokrat Kristian (CDU) dan Parti Sosial Kristian bersetuju mengehadkan hanya 200,000 pendatang setahun.

Matlamat utama rundingan itu adalah untuk menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua parti induk itu menjelang rundingan dengan dua lagi parti lain iaitu parti Demokrat Bebas (FDP) dan parti Green. – AFP

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *