Caprice Dedah Perangai ‘Psycho & Insecure’ Kiera #CleverGirlMy Pertikai Jihad Mengaji.Com

Apa kesudahan mengenai program realiti Clever Girl selepas kecoh tular kes Shazana dengan ‘tidak sengaja’ telah jawab dengan betul walaupun soalan belum habis ditanyakan?

Semalam, Caprice telah memuat naik satu rakaman video yang mana dia telah membuka mulut mengenai isu penarikan diri Kiera dan kesalahan yang dilakukan oleh Shazana.

“Apa yang terjadi sebenarnya boleh effect integriti program pertandingan tersebut. Bukannya effect integriti awak.

“Walaupun kita belajar gempak-gempak, study kat oversea, Oxford ke dapat straight A’s ke, apa-apa je lah. Kita kena sentiasa merendah diri , jangan sombong dan jangan cepat melenting,” kata Caprice.

BM all the way. here we gooooo jgn kecam abg.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Sebelum itu Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, ada memuat naik mengenai pandangan peribadinya tentang ‘kesilapan’ Shazana yang jawab soalan pada episod lalu tanya menyebut jawapan judul buku karya Usman Awang.

What do u guys think? A case of kantoi or a lucky guess? 😒🔫

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Apa yang menghangatkan lagi keadaan adalah apabila Noor Syakirah Mohd Azam atau Kiera, graduan dari Universiti Oxford telah menyerang Caprice.

Bekas peserta Pulau Pinang itu mempertikaikan jihad dilakukan oleh Caprice melalui aplikasi Mengaji.com yang telah diusahakannya sejak lima tahun lalu bersama ahli kumpulan yang lain.

Kami sendiri telah menghubungi Caprice dan bertanyakan lebih lanjut mengenai isu itu kerana posting Caprice di Instagram miliknya telah dipadam oleh pihak Intagram selepas menerima hampir 200 report.

Kenapa kena report? Siapa yang report? Caprice telah memuat naik gambar yang menunjukkan posting itu telah dipadam oleh pihak Instagram dan penyanyi rappersitu juga telah berkongsi dengan kami mengenai apa yang telah ditulisnya semalam.

Lol thank you Kiera & Friends. ❤

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Menurut Caprice sendiri, dia hanya ingin mempertahankan dirinya dan amal kebajikan yang dilakukan namun Kiera dan ‘askarnya’ telah menyerang dirinya.

Tapi sayang, video yang telah dimuat naik 17 jam lalu tidak berjaya dipadam kerana telah ditonton hampir 200 ribu kali.

Bila ditanyakan mengenai kegigihan gadis itu untuk menegakkan benang yang basah, ini jawapan Caprice.

Shes psycho and insecure i guess. Such a shame,” katanya.

Benarlah, kalau kita di pihak yang betul, untuk apa kita nak rasa takut. Tambah memalukan lagi adalah apabila Kiera telah menyekat Caprice daripada akaun Instagramnya.

Kami tidak sempat untuk mendapatkan posting Kiera yang telah mempertikaikan perbuatan baik Caprice itu. Laju sungguh buat kerja. Terus dipadam bila dah viral.

Apa yang dilakukan oleh Kiera itu sangat memalukan bagi pelajar yang menuntut di universiti terkenal seperti itu.

Perbuatannya itu telah menyinggung beberapa sekolah, kolej, guru, pelajar, dan qari yang telah bekerjasama dalam menjayakan aplikasi Mengaji.com sendiri.

Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah Kiera takut akan bayang-bayangnya sendiri? Sebelum ini gadis kelahiran Pulau Pinang itu ada memuat naik satu posting yang mana dia telah bela Shazana yang ‘kantoi’ pada minggu lalu.

Namun, posting itu juga telah dipadam oleh Kiera sendiri pagi ini. Kenapa padam? Biarkan saja kalau anda berada di pihak yang betul.

Caprice bukanlah ingin membela dirinya kerana telah ‘diserang’, tetapi dia hanya ingin mempertahankan usahanya bersama ahli yang lain kerana telah bersusah payah membangunkan empayar Mengaji.com.

Bukan mudah bagi mereka menyusun langkah selama lima tahun itu, tapi dengan semudah itu Kiera cuba untuk mempertikaikan usaha mereka.

Munculkan diri jika anda rasa apa yang anda lakukan itu benar dan pertahankanlah kenyatana itu jika anda berterusan ingin mempertikaikan jihad yang dilakukan oleh Caprice dan kumpulannya.

Jangan hanya mampu bersembunyi selepas membuat kecoh. Selesaikan masalah yang anda sendiri timbulkan.

 

sumber : mynewshub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *