Catalonia diberi tempoh 8 hari tarik balik pengisytiharan kemerdekaan

MADRID – SEPANYOL. Catalonia diberi tempoh selama lapan hari untuk menarik balik pengisytiharan kemerdekaan wilayah tersebut.

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy turut memberi amaran untuk menggantung pemerintahan dan politik autonomi di Catalonia jika ia gagal berbuat demikian dalam tempoh terbabit.

“Kabinet bersetuju secara rasmi untuk meminta kerajaan Catalan mengesahkan sama ada ia telah mengisytiharkan kemerdekaan atau tidak tanpa mengira kekeliruan yang dibuat secara sengaja atas pelaksanaannya. Mereka mempunyai tempoh sehingga Isnin depan untuk memberi jawapan,” katanya.

Difahamkan, jika pemimpin Catalan, Carles Puigdemont membuat pengesahan itu, beliau akan diberi tempoh tambahan selama tiga hari sehingga Khamis depan untuk membetulkan perkara tersebut.

Rajoy mungkin akan memanggil pilihan raya awal jika Artikel 155 dalam Perlembagaan digunakan, sekali gus ia memberi kuasa kepada beliau untuk memecat kerajaan pemimpin pemisah Catalan, lapor AAP.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *