Cerita Dan Rupa Sebenar ‘Winnie the Pooh’ Berbeza Dari Kartun

Winnie the Pooh adalah salah satu watak kartun yang sangat terkenal terutama sekali bagi individu yang lahir pada tahun 90-an.  Masih segar dalam ingatan rupa patung beruang berwarna kuning serta berbaju merah.

Namun, ternyata rupa anak patung beruang bernama Pooh yang ditunjukkan di dalam kartun selama ini sebenarnya berbeza, Pooh yang sebenar mempunyai rupa yang sangat lain.

Kehidupan Pooh bermula pada tahun 1987 bersama empat orang kawannya, Eeyore, Piglet, Kanga dan Tigger telah disimpan di The New Public Library sebelum Walt Disney mengubah Pooh dan kawan-kawannya menjadi bintang filem.

Tetapi itu bukanlah kisah sebenar kerana kisah Pooh bermula apabila seorang kanak-kanak bernama Christopher Robin Milne telah mendapat hadiah hari jadi yang merupakan satu anak patung beruang, Pooh.

Namun, pada waktu itu, nama Pooh adalah Edward Bear, selepas kedatangan Edward dalam hidup Christopher, dia telah dihadiahi dengan pelbagai anak patung yang lain.  Disebabkan itu adalah koleksi anak patung pertama Christopher, dia sangat menyayangi koleksi anak patungnya dan akan bermain dengan mereka setiap hari.

Menurut New York Public Library, ayah Christopher, Ernest H. Shepard yang telah putuskan untuk membuat ‘bedtime story’ menggunakan koleksi anak patung anaknya termasuklah Owl dan Rabbit.  Sejak hari itu, kehidupan Pooh dan kawan-kawannya mempunyai cerita dan pengembaraan yang aneh.

Akhirnya, ceria Pooh dan kawan-kawannya itu telah diadaptasi menjadi kartun oleh Disney sehingga ia menjadi terkenal dikalangan kanak-kanak di seluruh dunia.

Pooh dan kawan-kawan yang sebenar boleh ditemui di The New York Public Library dimana setiap tahun beribu orang kanak-kanak serta ibu bapa akan datang ke perpustakaan itu.  Pooh dikatakan kelihatan bahagia sama seperti sewaktu mereka tinggal di Hundred Acre Wood. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *