Ciri – Ciri Orang Bijak Menurut Islam

Salah satu impian ibu bapa adalah mempunyai anak yang bijak, jadi sejak masih kecil, ibu bapa akan berdoa supaya anak mereka membesar menjadi individu yang bijak.

Menurut tanggapan orang ramai, secara umumnya, bijak bermaksud pandai dalam pelajaran, mendapat markah yang baik, serta bijak dalam membuat keputusan. Tanggapan umum itu tidak salah, namun dari segi Islam pula, maksud bijak itu sangat luas, dan ia tidak hanya bijak di dunia tetapi juga di akhirat.

Di dalam suaah Az Zumar, ayat 42, Allah SWT berfiman berarti,

Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jika (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.” (QS. Az Zumar: 42).

Berdasarkan ayat itu, ini menunjukkan yang dalam Islam bijak mempunyai kaitan dengan akhirat, iaitu kematian. Dalam Islam ciri-ciri orang yang bijak adalah bukan hanya pada orang yang ingat pada dunia sahaja, tetapi adalah pada orang yang lebih kerap mengingati kematian.

Ini kerana, orang yang berakal dan bijak tahu bahawa ada sesuatu yang lebih penting perlu mereka sediakan untuk kematian bila tiba masanya.

Menurut kisah dari Ibnu Umar radhiyallaahu’anhuma berkata,

“Suatu hati aku duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kalangan Anshar, kemudian dia memberikan salam kepada Rasulullah SAW dan bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling utama?’ Rasulullah menjawab, ‘Yang paling baik akhlaqnya’.

Lalu dia bertanya lagi, ‘Siapakah orang mukmin yang paling bijak?’ Beliau menjawab, ‘Yang paling banyak mengingati mati, kemudian yang paling baik dalam mempersiapkan kematian tersebut, itulah orang yang paling bijak.’” (HR. Ibnu Majah, Thabrani, dan Al Haitsamiy: 419).

Oleh itu, tidak kira betapa tingginya IQ seseorang itu, apa pun gelaran yang disandang, atau banyak ilmu yang dia ada, semua itu hanya sia-sia jika dia tidak membuat sebarang persiapan untuk akhirat kelak. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *