Cuba pecahkan mesin ATM kerana tertekan dibebani hutang

Yancheng, China: Seorang lelaki yang tertekan kerana dibebani hutang cuba memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank bagi membayar hutangnya di bank berkenaan.

Lelaki terbabit yang dipercayai kaki judi dilaporkan berhutang 340,000 yuan (RM217,756) dengan sebuah bank dan tidak mampu membayar hutang berkenaan.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan lelaki itu yang dikenali sebagai Cai masuk ke ruangan ATM di sebuah bank di Yancheng di wilayah Jiangsu pada awal pagi, baru-baru ini.

Dia kemudian mengeluarkan tukul dari begnya sebelum mengetuk sebuah mesin ATM beberapa kali.

Selepas beberapa pukulan, tukul yang dibawa Cai patah tetapi dia mengambil kepala tukul itu dan terus mengetuk mesin berkenaan.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *