Dagu Berlubang Selepas ‘Blackhead’ Bertukar Menjadi Kanser

Kebanyakan orang lebih suka mengabaikan tanda-tanda yang badan mereka sampaikan. Misalnya seperti darah terkeluar daripada mulut ketika meludah, sesetengah orang akan menganggap yang itu adalah sesuatu perkara normal yang tidak berbahaya.

Terutama sekali jika seseorang itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, jadi mereka menjadi leka dan percaya yang badan mereka itu tiada sebarang masalah. Tetapi, yang sebenarnya terdapat kemungkinan yang rasa tidak selesa yang dialami oleh badan itu adalah petanda kepada penyakit yang mungkin boleh membahayakan nyawa jika diabaikan.

Seperti kes seorang ibu bernama Kari Cummanis dari California yang telah menemui satu tanda luar biasa di dagunya, dan menganggap itu tidak membahayakan kerana dia tidak pernah mengalami sebarang masalah yang serius dengan kulitnya sebelum ini.

Saya sentiasa mempunyai kulit yang bersih jadi saya fikir tanda itu adalah sedikit agak luar biasa.  Saya fikir itu hanyalah bintik hitam atau jerawat dewasa yang aneh, kerana saya tidak pernah lihat apa-apa seperti itu sebelum ini.

Disebabkan tanda aneh itu tidak hilang, ibu berusia 35 tahun itu kemudian putuskan untuk pergi berjumpa dengan ahli dermatologi. Hasil pemeriksaan doktor mendapati, meskipun pada luarannya Kari mempunyai kulit yang bersih dan sihat, tetapi tabiat penggunaan katil ‘tanning’ yang diamalkannya selama bertahun-tahun dahulu secara perlahan-lahan sedang membunuhnya.

Saya mempunyai kulit yang cerah, saya akan gunakan katil ‘tanning’ ketika berusia 20-an dan awal 30-an untuk mendapatkan kulit yang ‘tan’ sebelum pergi bercuti.

Menurut doktor, kulit Kari telah dijangkiti sel kanser yang merosakkan kulit akibat terdedah kepada sinaran UV.

Saya bukan pengguna yang kerap, dan hanya mengunakannya sekali sekala, tetapi saya telah belajar yang ia tidak mengambil masa yang banyak untuk sinaran UV mencepatkan pertumbuhan karsinoma, terutama sekali jika anda ada kulit yang cerah.

Kari mengakui yang dia tidak akan ketahui semua itu jika dia tidak mendapat tanda aneh itu. Namun, malangnya, doktor tidak boleh mengurangkan kebimbangannya kerana tanda pada dagunya itu sebenarnya sangat serius.

Saya mempunyai beberapa benjolan dan keping kulit kering di muka saya dan sample tisu saya juga telah diambil.  Itu, adalah waktunya saya ketahui yang ia mungkin adalah kanser yang boleh merebak ke organ lain jika tidak dirawat secepatnya.

Ia perlukan 35 jahitan untuk menutup lubang itu dan ia mengambil masa beberapa minggu untuk sembuh, kini terdapat parut yang sangat ketara di muka saya. Pada awalnya, saya rasa sangat insaf, tetapi kini saya dapati ia memberi satu kuasa kerana saya boleh gunakan pengalaman ini dengan harapan dapat mengingatkan orang lain betapa pentingnya penjagaan kulit.

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *