DAP pinda Akta Kawalan Sewa untuk halau rakyat miskin dari kawasan bandar?

Pindaan Akta Kawalan Sewa (CRA) oleh kerajaan DAP Pulau Pinang secara senyap telah menghalau penduduk asal miskin negeri tersebut dari kediaman mereka ekoran kenaikan mendadak hartanah negeri, terutama dibahagian pusat bandar.

Akta yang diluluskan oleh kerajaan Parti Perikatan (kini dikenali sebagai Barisan Nasional) pada 1966 bertujuan untuk mengekalkan kadar sewaan rendah telah dipinda selepas sembilan tahun DAP memerintah Pulau Pinang.

Penganalisis isu semasa, Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Hanif menjelaskan, sebahagian daripada kota lama Georgetown telah dikuatkuasakan sebagai Kawasan Warisan Sejarah Dunia oleh UNESCO.

Pengiktirafan kepada kota lama negeri tersebut pada 7 Julai 2008 serta beberapa kawasan lain di Melaka berikutan struktur lengkap peninggalan sejarah laluan dagangan antara British dan Eropah menerusi Timur Tengah, benua India, dan dagangan antara Kepulauan Melayu dan negara China dahulu kala.

“(Pindaan) mengakibatkan pengubahsuaian bukan sahaja di Georgetown, tetapi di seluruh kepulauan Pulau Pinang yang telah menghalau mereka yang tidak lagi mampu untuk tinggal di dalam pulau – masyarakat Cina, Melayu dan India yang miskin itulah sebab mengapa UNESCO memberi pengiktirafan kepada Georgetown.

“Tanpa CRA, kerajaan DAP Guan Eng tidak lagi terikat untuk meningkatkan harga pasaran hartanah didalam kawasan warisan dan ini mengakibatkan pembangunan semula kawasan warisan dan dijual semula kepada warga asing,” ujarnya dipetik blognya, Seademon Says.

“Ketidakpedulian” Guan Eng berhubung harga hartanah melampau ini kata Abdul Rahmat, sama seperti beliau tidak kisah mengenai kerja-kerja tambakan projek Terowong Pulau Pinang dijalankan walaupun kajian kebolehlaksanaan belum diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya.

“Kajian RM350 juta, yang dibayar oleh pembayar cukai Pulau Pinang suatu masa dahulu, masih belum lengkap. Baru-baru ini pada bulan Mac tahun ini Guan Eng katakan ianya 87 peratus siap.

“Hari ini, lebih enam bulan kemudian, Guan Eng masih belum menyerahkan kajian kebolehlaksanaan kepada Kementerian Kerja Raya,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *