DAP semakin jelas memusuhi Islam di Malaysia.

ALLAH berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 100- 101, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orangorang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.”

Apabila terdapat apa sahaja usaha dan hal ehwal berkaitan dengan soal dan urusan Islam dan juga umat Islam, nescaya kita akan saksikan betapa DAP dan tonto-tontonya keras menentang dan mencipta 1001 hujah dan alasan bagi menggagalkannya.

Tonto-tonto ini pula cuba membela DAP dengan menampakkan bahawa DAP tidak menentang Islam akan tetapi kononnya DAP hanya persoal hak menurut perlembagaan.

Tonto ini cuba menimbulkan persepsi umum bahawa DAP ini mesra Islam dengan membawa pimpinan DAP berjumpa den gan tokoh agama di Timur Tengah, mengemukakan hujah Islam yang dangkal seperti maqasid syariah tapi menolak syariat, memberi peruntukan kewangan kepada institusi Islam dan hadir program yang dianjurkan oleh umat Islam.

Semua ini hanyalah sekadar lakonan dan samaran yang menutup rupa sebenar DAP daripada mata umum.

Isu Akta 355 ketika sebelum dibentang, DAP mengatakan bahawa mereka hanya persoal kedudukan dalam Perlembagaan Persekutuan serta meminta agar menghormati perlembagaan.

Lalu tonto mereka pun bertebaran serata dunia menjaja bahawa DAP tidak menentang Islam, hanya persoal kedudukan Akta 355 dari sudut perlembagaan.

Tetapi apabila sampai masa nak dibentang, DAP dan tontonya jugalah berusaha dengan keras agar terhalang daripada dibentang.

Akta 164, DAP juga bersama tontonya yang paling bersuara membantah Seksyen 88A dikeluarkan.

Walaupun pindaan seksyen ini jelas bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asbab kontrak sosial terpelihara iaitu kedudukan Islam dan hak umat Islam.

Terbaru apabila seorang pimpinan DAP, secara jelas dan terang mengkritik usaha pihak berkuasa tempatan kerajaan negeri Kelantan menguatkuasakan urusan agama Islam berkait soal pemakaian menutup aurat yang mengikut undang-undang dan saluran demokrasi dan hak pentadbiran negeri secara sah. Inipun mereka pertikai.

Umat Islam bukanlah golongan yang jumud dan tidak suka menerima kritikan, tetapi kritikan biarlah membina, bukannya kutukan, menghina amalan agama Islam serta tidak menafikan hak hak umat Islam untuk mengamalkan fundamental ajaran mereka sendiri.

Sebaliknya DAP juga ingin menjadi hero mempertahankan hak menyokong permohonan berpesta arak yang secara jelas satu perkara yang keji dan bercanggah dengan tatasusila budaya kehidupan rakyat Malaysia.

Kalau sekiranya budaya berpesta arak yang diimport dari negara Jerman ini pun boleh diterima dan cuba diterapkan oleh DAP, kenapa umat Islam di negara ini ingin mengamalkan cara hidup beragama, ditentang sekuat dan sekerasnya oleh mereka?

Sudah terang lagi bersuluh, kita ingin menyoalkan di sini, apakah DAP yang sebelum ini bersikap anti-Islam, sudah berubah kepada kumpulan yang sangat memusuhi Islam?

PAS Insya-Allah akan menjadi benteng dan seumpama salah satu Seven Wonders of the World seperti Tembok Besar China bagi menghalang dan menghadapi makar dan konspirasi terbuka DAP ini dalam mempertahankan Islam dan umatnya sesuai dengan kedudukan istimewanya dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut lunas demokrasi bersama sokongan rakan NGO Islam yang beraspirasi yang sama.

– Oleh USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *