‘Dekat negara kita, food truck jual makanan harga Firaun’

“Kalau seseorang buka ‘food truck’, dia lakukannya kerana makanan itu istimewa dan dia boleh jual dengan harga RM50. Biarlah dia nak jual RM50. Apa yang penting kita sebagai pengguna, hak kita ialah jangan beli dari dia.”

Itu adalah kata-kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipetik dari BH Online, baru-baru ini.

Tak dapat dinafikan lagi, sesetengah peniaga dengan konsep perniagaan menggunakan trak atau ‘food truck’ meletakkan harga terlalu mahal sehingga ada di kalangan pengguna membuat perbandingan harga food truck di Malaysia dengan negara luar.

Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai harga makanan tersebut menerusi laman mikro Twitter.

“Dekat negara kita, food truck jual makanan harga Firaun,” tulisnya.

Menurutnya, dia masih boleh menerima harga yang mahal selagi ia berbaloi dengan kualiti dan kuantiti ditawarkan.

Posting itu menerima sokongan daripada netizen lain yang rata-rata bersetuju dengan pendapat lelaki berkenaan.

“Perkhidmatan food truck di luar negara tawarkan harga jauh lbih murah. tapi bila masuk Malaysia, dah jadi lain pula,” marah netizen.

Dalam pada ramai netizen ‘bising’ soal harga makanan dijual menerusi perkhidmatan berkenaan, ada juga netizen yang tampil menafikan harga ditawarkan luar negara lebih murah daripada di Malaysia.

“Negara mana yang mahal tu? Sebab berdasarkan pengalaman saya, food truck di Australia mahal je,” komen netizen.

Kepada anda yang pernah atau gemarkan makanan Food Truck ni, apa kata anda? Jom bincangkan!

Sumber – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *