Demam lumba basikal lajak tular ke daerah Hulu Selangor

Demam lumba basikal lajak menular ke daerah Hulu Selangor. Ini dibuktikan apabila enam kanak-kanak lelaki berusia 12 dan 13 tahun ditahan polis ketika berlumba basikal lajak di kawasan riadah Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu, jam 5.30 petang hari ini.

Basikal ubah suai yang digunakan dalam perlumbaan itu turut dirampas polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Pai berkata, kanak-kanak lelaki yang ditahan itu berasal dari kawasan Kampung Ampang Pecah.

“Mereka ditahan oleh pegawai dan anggota polis trafik yang membuat rondaan di kawasan berkenaan.

“Semua basikal itu tidak dilengkapi dengan sistem brek dan sudah diubahsuai.

“Basikal mereka disita dan ibu bapa mereka dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor,” katanya.

Menurutnya, semua kanak-kanak itu dikenakan saman RM150 mengikut kesalahan Kaedah 42 LN 166/69 sebelum dibebaskan.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *