Dituduh Rogol Wanita Dalam Bas, Nelly Mo Ditahan Polis

Rapper popular Amerika Syarikat, Nelly ditahan oleh pihak polis selepas seorang wanita mendakwa dirogol oleh penyanyi itu dalam sebuah bas.

Menurut laporan Daily Mail, Nelly telah ditahan dan dibawa ke penjara South Correctional Entity Regional Jail di Washington untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Nelly dan dia dibebaskan pada hari yang sama selepas selesai sesi soal siasat.

Ketika kejadian, Nelly sedang mengadakan persembahan jelajah di Auburn bersama kumpulan pop Florida Georgia Line.

Menurut kenyataan polis, wanita itu dilapor telah menghubungi talian kecemasan 911 untuk melaporkan insiden terbabit ketika bas itu berada di tempat meletak kenderaan sebuah pusat membeli-belah di Auburn.

Melalui sebuah entri di Twitter, Nelly menjelaskan bahawa dia tidak bersalah dan mengakui kecewa dengan dakwaan fitnah yang dilakukan wanita tersebut.

“Saya yakin bahawa selepas selesai siasatan lanjut, ia akan jelas bahawa saya adalah hanya mangsa tuduhan palsu,”tulisnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *