Donald Trump tidak bersuara isu kawalan senjata

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengutuk kes pembunuhan 59 pengunjung konsert di Las Vegas semalam sebagai ‘tindakan amat jahat’ tetapi tidak bersuara mendesak mengawal senjata atau motif kes tembakan terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Ketika menyampaikan ucapan yang disiarkan menerusi televisyen dari Rumah Putih, Trump menyatakan kesedihan dan menggesa perpaduan, tindakan yang menjadi pegangan presiden AS.

Bekas Presiden Barack Obama menangis ketika cuba menenangkan negara selepas kes tembakan sekolah rendah Sandy Hook pada 2012, manakala bekas Presiden George W Bush berkata, negara berkabung selepas kejadian sama di Universiti Virginia Tech.

Trump, dalam siri menunjukkan kesedihan, mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang sehingga Jumaat ini, mendoakan mangsa dan mengumumkan akan melawat Las Vegas esok.

Kemudian, dengan kepala ditundukkan, beliau mengetuai kakitangan Rumah Putih ke Laman Selatan untuk bertafakur bagi menghormati mangsa.

“Pada saat tragedi ini, AS menjadi satu dan akan kekal begitu,” katanya.

Beliau menegaskan perpaduan AS tidak akan dihancurkan oleh tindakan jahat.

Trump menyelar kempen pencabarnya, Hillary Clinton, yang mengkritik pelobi pengeluar senjata, Persatuan Raifal Kebangsaan, yang menyokong desakan Kongres untuk memudahkan pemilikan alat yang membolehkan senjata tidak mengeluarkan bunyi. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *