Dua lelaki warga asing aktif lakukan jenayah pecah rumah

SHAH ALAM: Polis merampas beberapa beg tangan berjenama, kasut, jam tangan, beg galas serta wang tunai pelbagai negara bernilai kira-kira RM250,000 dalam serbuan di sebuah kondominium di Cyberjaya, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata serbuan dilakukan susulan maklumat dua lelaki warga asing dipercayai Geng Latin yang aktif dalam jenayah pecah rumah di daerah ini serta Lembah Klang bersembunyi di rumah itu.

“Dalam serbuan pada jam 9.30 malam itu, lampu rumah dibiarkan terpasang

“Bagaimanapun, suspek tiada di rumah dan polis yakin rumah ini hanya tempat untuk menyimpan barangan yang dicuri.

“Kedua-dua suspek dalam lingkungan umur 20-an dipercayai terbabit kes pecah sejak enam bulan lalu,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Shafien berkata, polis percaya kedua-dua suspek menggunakan identiti palsu berikutan penemuan pasport Australia dan kad pengenalan diri Colombia.

“Gambar di pasport Australia dan dan kad pengenalan Colombia menggunakan gambar yang sama. Kedua-dua suspek licik mengaburi pihak berkuasa menyebabkan mereka sukar dikesan.

“Orang ramai yang menjadi mangsa pecah diminta rumah tampil membuat pengecaman barang di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam supaya kita dapat merekodkan kes yang ada kaitan dengan geng ini,” katanya.

Katanya, polis sedang giat mengesan kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/1963.

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *