Dwayne ‘The Rock’ Johnson Terpaksa Hentikan Penggambaran Filem Skyscraper

Los Angeles – Dwayne ‘The Rock’ Johnson dikenali sebagai seorang pelakon yang mempunyai badan sado dan kuat di Hollywood. Namun, itu tidak bermakna dia tidak akan tercedera terutama sekali jika melakonkan adegan aksi.

Melalui akaun Instagramnya, The Rock telah mendedahkan yang dia perlu ‘membatalkan’ penggambaran filem Skyscraper kerana kecederaan yang dialami pada kaki kanannya.

Dalam gambar yang dimuat naik itu, The Rock dilihat sedang menunduk ke bawah sambil melihat doktor merawat kakinya yang luka dan berdarah bersama caption, “Shut production for a few minutes so my good buddy, Dr Lim could administer a tetanus shoot and inspect my gash aka DJ boo boo. 

Not sure if he was more weirded out when I said, I actually love making things bleed or when I asked for a tequila flavored lollipop for my pain #SkyscrapperMovie #LetTheBloodFlow”

Jika dilihat pada gambar itu, kecederaan di bahagian kaki yang dialami oleh The Rock itu bukanlah yang pertama kerana sudah terdapat beberapa kesan kecederaan dengan ‘bandage’ membaluti kaki kanannya, tepat di bawah luka barunya, dan juga di tangan kanannya.

Namun, The Rock telah mendapat sokongan moral yang penuh daripada peminatnya dengan meninggalkan komen penuh dengan kata-kata semangat di gambar itu.

Tiada siapa boleh halang The Rock.  Semoga cepat sembuh.

Ini tidak sepatutnya berlaku kepada The Rock, tolong sembuhkan luka itu.

Sementara itu, di dalam filem bergenre aksi-thriller itu Johnson akan berlakon sebagai Will Ford bersama pelakon Scream, Neve Campbell.  Filem Skyscraper dijadualkan keluar pada tahun hadapan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *