Elak ditahan Imigresen wanita mengaku warganegara tapi gagal menyanyi lagu Negaraku

Berikutan tidak dapat menunjukkan dokumen yang sah dan juga tidak tahu menyanyikan lagu Negaraku, seorang wanita ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen di sebuah pangsapuri di Jalan Pudu, Kuala Lumpur malam Rabu lalu.

Memetik laporan New Straits Times, wanita berumur 20 tahun itu menegaskan dia merupakan seorang warganegara Malaysia, namun tidak dapat menunjukkan dokumen yang sah.

Pada masa yang sama, wanita itu dikatakan merayu kepada pegawai bertugas agar tidak menangkapnya kerana dia sedang mengandung.

Justeru, pegawai Imigresen yang bertugas meminta wanita itu menyanyikan lagu Negaraku, malangnya dia gagal dan akhirnya pegawai Imigresen terpaksa menahan wanita itu bersama 20 pendatang asing yang lain ke pusat tahanan.

“Kebanyakkan yang ditahan adalah mereka yang memiliki permit pelarian yang diberi oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Dalam operasi kali ini, kami berjaya menahan seramai 18 rakyat Myanmar, seorang warga India, seorang warga Indonesia dan seorang rakyat Pakistan.”

Sumber – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *