Enggan lakukan seks, wanita Rusia dibunuh kejam oleh seorang lelaki baru dikenali

Hanya kerana enggan melakukan seks, seorang wanita Rusia yang telah berpisah dengan suaminya dibunuh dengan kejam oleh seorang lelaki yang baru dikenali melalui laman web.

Memetik laporan Daily Mail, wanita tersebut yang juga ibu kepada dua anak dikatakan sempat menghantar swafoto dan mesej pendek kepada abangnya sebelum dibunuh oleh suspek yang dikenali sebagai Rasim Sadykov.

“Saya dibawa oleh seseorang ke satu tempat,” demikian tulis Olga kepada abangnya, Evgeny Andreev.

Abangnya kemudian membalas `adakah ke hutan’ dan Olga membalas `ya’.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Olga Emelyanova bersama suspek berkelah di luar bandar di Salavat, Rusia.

Polis berjaya mengesan suspek berdasarkan gambar swafoto mangsa dan lelaki itu dihantar kepada abangnya mangsa.

Dalam siasatan, suspek memberitahu polis bahawa dia telah mencekik Olga dan kemudian menyembunyikan mayatnya dalam hutan.

Mayat wanita itu hanya ditemui selepas enam hari kehilangannya.

Bekas suami Olga, Roman, kini menjaga anak mereka yang berusia 10 dan tiga tahun.- CARI

Sumber – cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *