Fidget spinner berbentuk telefon pertama di dunia

JIKA anda penggemar fidget spinner, tentunya model terkini permainan itu menarik perhatian dan pastinya mahu segera memilikinya.

Bagaimanapun, jangan terlalu teruja kerana untuk mendapatkannya anda perlu ke India.

Dikenali sebagai K118, ia adalah fidget spinner berbentuk telefon pertama di dunia.

Bukan sahaja berfungsi sebagai permainan, anda juga dapat mengirim mesej menerusi telefon itu.

Tambah menarik lagi kosnya antara 1,200 ke 1,300 rupee atau RM77 hingga RM84 sahaja.

Walaupun di sesetengah negara permainan ini semakin kurang diminati tetapi di India ia masih menjadi antara yang digemari ramai.

Telefon itu juga berfungsi sebagai peranti Bluetooth dan dilancarkan syarikat Hong Kong, Chilli International.

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *