[FOTO] Sam Smith Sedang Bercumbuan Bahagia Dengan Kekasih Kunyit Di Khalayak Ramai

Ramai betul selebriti ‘omputih’ ni sokong budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Pula tu, dah tak ada segan silu lagi dah nak bermesraan dengan pasangan songsang mereka di khalayak!

Terbaru, penyanyi Sam Smith, 25, dilihat bercumbuan dengan kekasih baharunya, Brandon Flynn, 23, ketika keluar dating di Bandar New York pada Ahad lalu.

Mereka kelihatan sangat selesa dan bahagia berpelukan dan bermesraan di khalayak ramai, seolah-olah bangga dengan hubungan mereka itu.

Pada malam Isnin keesokannya, mereka dilihat makan malam bersama disertai beberapa teman rapat, lapor majalah People.

Brandon yang juga pelakon drama bersiri 13 Reasons Why itu dilihat menyuarakan sokongannya terhadap LGBT dengan memuat naik gambar bendera gerakan berkenaan.

Memetik Mail Online, Sam sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan model Jay Camilleri pada tahun lalu dan Jonathan Zeizel juga seorang model pada 2014.

Menurut Sam, Jonathan juga menjadi sumber inspirasinya dalam mengilhamkan lagu Stay With Me yang pernah meraih beberapa anugerah Grammy.

Sementara itu, Brandon sebelum ini dikatakan pernah menjalin hubungan dengan Miles Heizer yang juga membintangi drama 13 Reasons Why, bagaimanapun wakil Miles menafikan dakwaan berkenaan.

 

sumber : cariforum

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *