Gagal serahkan laporan kajian buktikan kerajaan DAP Pulau Pinang lemah, incompetent dan lembab – Huan

1. Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) semalam yang mengesahkan bahawa mereka (KKR) masih belum menerima laporan kajian projek terowong dasar laut Pulau Pinang seperti dijanjikan oleh kerajaan Pulau Pinang 18 bulan yang lalu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh KKR ini sudah semestinya merupakan satu perkara yang amat mengejutkan dan membangkitkan seribu satu persoalan tentang integriti kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran Lim Guan Eng.

2. Pertama sekali, melihat kepada kegagalan Lim Guan Eng menunaikan janji menyerahkan laporan tersebut kepada KKR, ianya membuktikan bahawa wujud masalah besar dalam kajian projek terowong dasar laut Pulau Pinang dan perkara ini cuba disembunyikan oleh Lim Guan Eng dari pengetahuan umum. Rakyat Pulau Pinang yang merupakan pembayar cukai di negeri ini wajar mengetahui jika projek ini mempunyai sebarang komplikasi atau masalah yang besar.

3. Kedua, kegagalan Lim Guan Eng menyerahkan laporan kajian seperti yang dijanjikan kepada KKR juga membuktikan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang merupakan satu kerajaan yang lemah, incompetent dan lembab dalam mengurus-tadbir kontraktor yang dibayar oleh kerajaan negeri. Ini dengan jelas apabila kontraktor yang ditugaskan untuk menyiapkan laporan kajian dasar terowong ini sejak April 2013 masih gagal menyiapkan laporan tersebut dan tiada tindakan langsung diambil terhadap kontraktor ini. Apa istimewa nya kontraktor ini sehingga tiada tindakan boleh diambil keatas mereka walhal terbukti mereka gagal menyiapkan laporan tepat pada masa yang ditetapkan?

4. Ketiga, keputusan kerajaan Lim Guan Eng membayar RM 220 juta kepada kontraktor menggunakan wang rakyat Pulau Pinang juga merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Lim Guan Eng seolah – oleh cuba memperbodohkan rakyat di negeri ini dengan menjanjikan bahawa laporan kajian terowong ini akan siap tapi sudah empat tahun laporan ini masih lagi gagal disiapkan walaupun pembayaran sudah dibuat. Lebih malang lagi, pembayaran yang dibuat kepada kontraktor juga 400% lebih tinggi daripada harga yang diwartakan Lembaga Jurutera.

5. Konklusinya, saya mendesak Lim Guan Eng supaya berhenti bersandiwara dan jadi seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab dengan menyerahkan laporan kajian projek terowong dasar laut kepada KKR untuk diteliti dan diperhalusi dengan segera. Mengapa begitu susah untuk kerajaan negeri menyerahkan laporan ini melainkan ada lagi perkara – perkara lain yang cuba disembunyikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang.

Terima Kasih.

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

 

Sumber – aidcnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *