Gucci umum akan hentikan penggunaan bulu haiwan

PARIS – Jenama fesyen terkenal dari Itali, Gucci mengumumkan akan menghentikan penggunaan bulu haiwan dalam setiap rekaannya bermula tahun depan.

Gucci yang merupakan sebahagian daripada konglomerat mewah yang berpangkalan di Paris, telah menyaksikan kenaikan jualannya dalam tempoh dua tahun lalu di bawah Pengarah Kreatif Alessandro Michele.

Ketua Eksekutif Gucci, Marco Bizzarri berkata, jenama itu akan tidak lagi menggunakan bulu haiwan bermula dari koleksi musim bunga dan musim panas 2018, sambil menambah bahawa keputusan itu telah diambil melalui kata sepakat bersama Michele. – REUTERS

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *