Gurauan Seorang Lelaki Ketika Mencium Kura-Kura Perliharaanya Bawa Padah

Seorang lelaki Rusia yang sedang “bergurau” dengan kura-kura peliharaannya mendapat pengajaran terhebat apabila kura-kura itu bertindak menggigit lidahnya.

Cubaan menarik perhatian yang menyakitkan itu telah dirakamkan oleh kawan lelaki itu, dan telah tersebar di media sosial Rusia dengan ramai orang mengkritik perbuatan lelaki itu.

Video yang berdurasi 45 minit itu menunjukkan lelaki itu “bergurau” sambil memegang kura-kura itu menghadap mukanya dan cuba untuk mencium kepala kura-kura itu beberapa kali.

Namun disebabkan berasa terancam dengan perbuatan lelaki itu, kura-kura yang ketakutan itu telah memasukkan kepalanya ke dalam cengkerang, namun lelaki itu tetap tidak berhenti dan masih cuba mencium kura-kura itu sambil mengeluarkan lidahnya.

Secara tiba-tiba, kura-kura itu mengeluarkan kepalanya semula lalu menggigit lidah lelaki itu.

Tindak balas spontan kura-kura itu membuatkan lelaki itu terkejut lalu menjerit kesakitan sambil cuba jauhkan kura-kura itu daripadanya, tetapi usahanya gagal kerana gigitan kura-kura itu sangat kuat sehingga lidahnya dilihat tertarik panjang.

Sehinggalah seorang daripada kawan lelaki itu datang menyelamatkannya dengan membuka mulut kura-kura itu supaya lepaskan lidah kawannya. Kejadian malang itu telah menyebabkan lelaki itu menjadi bahan ketawa kawan-kawannya.

Sementara itu, kura-kura spesis ‘pond slider’ itu memang sangat terkenal dengan gigitannya yang menyakitkan terutama sekali apabila merasakan diri mereka terancam. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *