Guru muzik ditahan beri seruling tercemar air mani kepada kanak-kanak sekolah

Menjijikkan! Seorang guru muzik ditahan kerana didakwa memberi seruling yang tercemar dengan air maninya kepada kanak-kanak sekolah.

Jurucakap polis California berkata, instrumen berkenaan diberikan kepada murid-murid untuk dicat sebelum dihantar kepada kanak-kanak yang memerlukan di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada program muzik global dan dikhuatiri, kanak-kanak dari 13 daerah sudah menerimanya.

Lantaran itu, semua ibu bapa dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan diminta untuk memulangkan instrumen terbabit kepada polis.

Seorang bapa di Los Angeles memberitahu BBC News bahawa dia tidak boleh menerima tindakan menjijikkan itu yang membuatnya rasa seperti mahu termuntah!

Sementara itu, jurucakap Jabatan Keadilan California berkata, mereka akan bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang tempatan dan semua sekolah yang terbabit dalam usaha untuk mengumpulkan instrumen berkenaan selain menjalankan siasatan lanjut.

Sumber – cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *