Habiskan masa terlalu lama bermain permainan ‘King of Glory’, seorang wanita buta sebelah mata

GUANGDONG, CHINA – Akibat menghabiskan masa yang terlalu lama bermain permainan di telefon pintar, seorang wanita berusia 21 tahun hilang penglihatan mata sebelah kanan, lapor Shanghaiist.

Mangsa yang tidak didedahkan namanya itu dilaporkan telah menghabiskan masa bermain permainan ‘King of Glory’ di telefon pintarnya sepanjang hari di rumah ibu bapanya.

Namun apabila menjelang waktu petang, mata sebelah kanannya tiba-tiba tidak dapat melihat apa-apa menyebabkan dia panik.

Wanita itu kemudian bawa ke hospital, malangnya doktor tidak dapat mengenal pasti apa punca mata kirinya menjadi begitu. Selepas empat hari menjalani pemeriksaan, doktor akhirnya menemui punca masalahnya.

Jelas doktor, pihaknya mengalami kesukaran untuk mendiagnosis keadaan wanita itu mungkin disebabkan keadaannya hampir sama dengan masalah hilang penglihatan di kalangan orang tua. Namun bagi wanita itu, berkemungkinan besar disebabkan matanya mengalami ketegangan yang teruk, kerana bermain permainan itu untuk jangka masa yang lama tanpa berehat walaupun seketika.

“Hari itu saya tidak bekerja dan biasanya bangun pada jam 6 pagi untuk bersarapan dan bermain permainan itu sehingga jam 4 petang,” kata wanita itu mengenai tabiatnya yang gemar bermain permainan tersebut.

“Kemudian saya makan, tidur untuk tempoh masa sekejap dan bermain sehingga jam 1 pagi.

“Alangkah baiknya jika saya mendengar nasihat ibu bapa saya sebelum ini yang seringkali mengingatkan saya tidak bermain game terlalu lama,” katanya.

Sumber – thereporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *