Hampir Buta Selepas Garu Kornea Mata Sampai Bercalar

Mata adalah salah satu anggota badan paling berharga yang perlu diperiksa dengan segera jika terdapat sesuatu yang tidak kena padanya.

Seperti kisah seorang kanak-kanak malang dari Kaohsiung, Taiwan yang secara tidak sengaja telah menggaru kornea matanya ketika bermain dengan kawan-kawannya dan kini matanya hampir menjadi buta.

Menurut Mingpao, kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun itu telah mencalarkan kornea matanya tetapi dia mahupun keluarganya telah menganggap itu bukan satu masalah yang besar dan tidak membawa kanak-kanak itu berjumpa dengan doktor.

Malah, selepas kejadian itu, kanak-kanak itu juga telah pergi berenang dan memakai kanta lekap khas semalaman untuk membentukkan semula bebola matanya (orthokeratology).

Malangnya, kesan calar pada bahagian kornea mata kanak-kanak itu bertambah serius selepas luka pada matanya terkena jangkitan dari air yang tidak bersih ketika berenang.  Mata kanak-kanak itu telah dijangkiti dua bakteria berbeza, dan itu telah menyebabkan berlakunya ulser kornea.

Panik dengan keadaan itu, kanak-kanak itu dibawa berjumpa dengan doktor dan selepas diperiksa, doktor mendapati keadaan mata kanak-kanak itu lebih teruk daripada yang disangkakan.

Meskipun telah dirawat selama dua minggu, ulser pada kornea kanak-kanak itu masih tiada perubahan dan dikhuatiri keadaannya akan bertambah teruk kerana bakteria itu boleh merebak lebih dalam lagi kerana gatal.

Parut kornea dan saluran darah baru yang tumbuh pada mata kanak-kanak telah mempengaruhi penglihatannya menyebabkan dia kini tinggal dengan penglihatan kurang daripada 0.02, dimana itu boleh dikatakan menghampiri hilang penglihatan.

Menurut doktor, penglihatan kanak-kank itu boleh pulih melalui prosedur permindahan kornea tetapi mereka masih lagi mencuba untuk menyelamatkan matanya.

Oleh itu, doktor itu juga telah memberi peringatan kepada orang ramai supaya dapatkan perkhidmatan pakar dengan segera jika berasa tidak selesa secara berterusan di bahagian mata dan elakkan dari mengunakan kanta lekap atau melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan air untuk mengelakkan jangkitan. Sayangi mata anda. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *