Hujan berterusan beberapa hari, Indonesia berdepan bencana tanah runtuh dan banjir

JAKARTA: Bandar raya ini berdepan bencana tanah runtuh dan banjir minggu ini susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Penduduk di kawasan tebing sungai diminta berjaga-jaga dan bersiap sedia menghadapi situasi itu.

Terkini, kejadian tanah runtuh melanda Manggarai di selatan Jakarta di tebing Ciliwung pada Sabtu.

Kejadian itu mengakibatkan sekurang-kurangnya lima rumah yang didiami lapan keluarga dihanyutkan arus.

Setakat ini, Pusat Pengurusan Bencana Jakarta Selatan sedang memantau situasi di lokasi kejadian.

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *