iPhone 8 Plus Milik Seorang Wanita Taiwan “Meletup” Ketika Dicas

Baru seminggu model telefon pintar terbaru Apple, iPhone 8 dikeluarkan di China, namun keghairahan netizen untuk mendapatkan telefon pintar itu telah berkurang dan mungkin bakal menjadi lebih berkurang apabila terdapat laporan mengatakan iPhone 8 yang baru dibeli telah “meletop” di Taiwan.

Menurut laporan media Taiwan, seorang wanita bernama Wu dari bandar Taicung, barat daya Taiwan telah membeli iPhone 8 Plus pada hari Sabtu lalu, namun telefon itu hanya bertahan sehingga hari Selasa petang sahaja kerana ia tiba-tiba “meletup” ketika sedang dicas.

Gambar dan video iPhone 8 Plus yang rosak itu telah menjadi viral di Intenet, menunjukkan telefon itu tidak terbakar, hangus atau bertukar menjadi warna hitam tetapi hanya skrin telefon itu sahaja yang terkeluar, mungkin disebabkan oleh baterinya mengembung.

Wu dikatakan mengecas telefonnya ketika bateri telefon itu masih ada sebanyak 70% mengunakan pengecas yang datang bersama telefon pintar itu, dalam masa tiga minit, telefon itu secara tiba-tiba “meletup”. Wu mengatakan yang dia terpaksa berlari untuk mencabut telefon itu dari tempat pengecas kerana bimbang “letupan” itu boleh membuatkan kebakaran.

Telefon pintar milik Wu itu bagaimaapun telah dihantar semula ke Apple untuk pemeriksaan bagi mengenal pasti masalah sebenar iPhone 8 Plus itu.Meskipun tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan, orang ramai menyuarakan pendapat yang bateri telefon itu mempunyai masalah.

Bagi bekalan bateri untuk iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, Apple dikatakan telah mengunakan perkhidmatan daripada Samsung SDI, Amperex Technology Limited, dan LG Chem, yang mana dua daripada syarikat itu adalah syarikat sama yang membekalkan bateri untuk Samsung Galaxy Note 7 yang terkenal dengan letupannya pada tahun lepas.

Samsung SDI adalah anak syarikat kepada kumpulan Samsung, dan Amperex Technology Limited (ATL), pembuat bateri China telah di dapati bersalah ke atas kegagalan Galaxy Note 7 tahun lepas. ATL adalah salah satu syarikat pembuat bateri terbesar di dunia dan telah menyediakan Apple bateri selama beberapa tahun.

Namun, disebabkan oleh kegagalan Galaxy Note 7 tahun lepas, Samsung mengumumkan yang mereka telah membuang syarikat pembekal itu untuk sebarang peranti keluaran mereka yang akan datang.-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *