Islam Rohingya bukan penduduk asal Myanmar – Tentera Myanmar

YANGON – Ketua Tentera Myanmar menegaskan bahawa orang Islam Rohingya bukan penduduk asal Myanmar dan mendakwa media sengaja memperbesarkan jumlah pelarian etnik tersebut.

Jeneral Senior, Min Aung Hlaing berkata demikian kepada Duta Amerika Syarikat, Scot Marciel dalam satu mesyuarat di sini.

Aung Hlaing adalah orang yang paling berkuasa dalam majoriti Buddha Myanmar dan pendiriannya itu menunjukkan kurangnya kepekaan ketenteraan dalam menangani krisis sehingga menimbulkan kecaman antarabangsa.

Keadaan itu turut menimbulkan persoalan mengenai peralihan pemerintahan demokrasi di bawah Aung San Suu Kyi.

Aung Hlaing berdasarkan laporan yang disiarkan dalam Facebook rasminya juga merujuk Rohingya dengan terma ‘Bengali’ yang mereka anggap sebagai hina dan menyatakan penjajah British bertanggungjawab terhadap masalah ini.

“Bengali tidak dibawa ke negara ini oleh Myanmar tetapi oleh penjajah. Mereka bukan penduduk asal dan laporan membuktikan mereka tidak dipanggil Rohingya tetapi Bengali ketika tempoh zaman penjajahan,” ujarnya kepada Marciel. – Reuters

Sumber – kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *