Isteri dalam pantang suami pula menggatal dengan isteri orang

Bagai menjadi trend pada masa ini ‘mengkantoikan’ perlakuan suami yang bermain kayu tiga di laman sosial.

Seperti yang dikongsikan menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga Fans ini.

Katanya seorang netizen mengadu suaminya ketahuan mempunyai skandal dengan isteri orang.

Paling menyedihkan apabila ia berlaku ketika si isteri sedang dalam keadaan pantang anak pertama, selepas 7 tahun berkahwin.

Wanita yang menjadi mangsa ini mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya kerana kecewa diperlakukan sedemikian selepas banyak berhabis duit untuk melahirkan zuriat untuk suaminya.

Anda boleh membaca luahannya seperti di bawah. Namun, yang menarik perhatian adalah dua perkara berikut:

1. Gambar skandal suami dalam keadaan berkemban. (Namun wajahnya telah ditutup oleh pihak admin laman facebook tersebut).

2. Ucapan ‘Masyaalah Cantiknya’ daripada suami wanita ini terhadap skandalnya itu yang nyata memuji tidak kena pada tempatnya.

Ini sekaligus membuatkan netizen terlupa seketika tentang kesedihan yang dialami wanita ini sebagai mangsa.

Di ruangan komen, netizen menghentam ucapan puji-pujian si suami yang menyebut nama tuhan. Sedangkan apa yang dilakukannya iaitu berlaku curang dengan isteri adalah perkara yang dilarang.

“Bini dalam pantang pun menggatal ya. Siap kata bergurau pula lagi..”

“Kenapa nak puji wanita yang bukan isteri kau. Gambar berkemban pula tu..”

Moga pasangan ini menemui solusi terbaik untuk permasalahan mereka dan harapnya ia turut menjadi pengajaran kepada semua pasangan di luar sana.

Sumber – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *